Penggunaan Logo Tanpa Kebenaran, UMS Mohon Pihak Terlibat Bertanggungjawab

RABU, 20 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan logo universiti sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) UMS.

Menurut kenyataan bahagian itu hari ini, UMS sangat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Kenyataan itu memberitahu, penyalahgunaan logo UMS tanpa melalui BPK mudah dikenalpasti melalui penggunaan logo lama yang kini tidak lagi digunapakai oleh universiti semenjak 2013.

Semalam, UMS menyedari sekali lagi menjadi mangsa apabila logo lama universiti digunakan dalam poster penganjuran program Perjalanan Hijrah dan Dakwah Catatan Kehidupan yang disampaikan Penceramah Ustaz Ayub Abdul Rahman yang mana UMS tidak terlibat dalam penganjurannya.

Lantaran penyalahgunaan logo itu, wujud kekeliruan dalam pelbagai pihak apatah lagi poster berkenaan menyentuh sensitiviti masyarakat Sabah yang terkenal dengan keharmonian dalam kepelbagaian kaum dan agama. 

BPK memohon agar pihak yang menggunakan logo UMS tanpa kebenaran bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan kepada umum bagi mengelakkan kekeliruan ini berlanjutan.

Sebelum ini, logo UMS turut disalahguna apabila turut dipaparkan sebagai rakan penganjur bagi satu acara perhimpunan yang diluar pengetahuan pihak universiti.

Sementara itu, BPK menafikan dakwaan sebuah akhbar yang diterbitkan sejak 1963 bahawa ada menghubungi UMS namun tidak mendapat respon.

BPK UMS yang sentiasa mengadakan hubungan baik dengan seluruh penggiat media di Malaysia dan antarabangsa langsung tidak dihubungi oleh syarikat akhbar berkenaan, yang telah menerbitkan berita tanpa usul periksa dengan menggambarkan UMS sebagai penganjur utama. -SS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.