Menurut Presiden kelab itu, Muhammad Firdaus Syarifuddin, seramai 20 ahli kelab menjayakan program berkenaan yang dimulakan seawal pukul 10.00 pagi.
“Program Rimbunan kasih ini diadakan sebagai medan untuk beramah mesra bersama anak yatim selain memberi sumbangan kepada pihak rumah kebajikan tersebut yang baharu siap dan beroperasi tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, program sehari itu mendapat sambutan yang amat baik dan kesemua penghuni rumah anak yatim seramai 26 orang begitu teruja menyertai aktiviti yang telah dirancang.
“Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi senaman pagi dan acara sukaneka yang dilihat sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada golongan anak-anak yang kurang bernasib baik ini,” ujar Firdaus.
Dalam masa yang sama katanya, program berkenaan turut menjadi platform ahli kelab yang juga mahasiswa UMS mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat luar.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada wakil Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Langsat Ranau, Ustaz Hainin. –SS
Sumber: Norhana Nordin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar