Rombongan China Bersama MACMA Sabah Lawat UMS

RABU, 20 JULAI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah menyambut baik kedatangan rombongan 55 orang China bersama ahli-ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sabah ke kampus UMS.

Jelasnya, kehadiran rombongan tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan universiti sendiri, malah turut membuka ruang kerjasama antara UMS dan MACMA. 

“Diharapkan program lawatan ini mampu membuahkan sesuatu yang bermakna dari segi hubungan kerjasama dan perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak.

“Mungkin kita boleh menganalisis bentuk kerjasama yang boleh dijalin demi manfaat masyarakat sejagat,” katanya ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra bersama rombongan berkenaan di Galeri UMS.

Menurut beliau lagi, kerjasama dengan agensi dari negara China tidak lagi asing bagi UMS, dengan kerjasama terbaru dijalin bersama universiti di Harbin, China yang berkaitan produk “Halal Food”.

Pada majlis tersebut, rombongan MACMA turut berkesempatan membuat persembahan Kung Fu  yang dipersembahkan oleh Master Bai Yi Hai, dan persembahan kaligrafi oleh Master Li Xing Lin. -MA-

Foto: Ernest Berinus

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.