UMS Lancar Projek Pembinaan Eco Sulap UMS Peak

JUMAAT, 05 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk menjadi salah sebuah universiti yang cemerlang dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

Terbaru, UMS melalui Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan syarikat Atikah Enterprise bersatu dalam Projek Pembinaan Eco Sulap UMS Peak dan ‘Pilot Project Solar Farm’.

Majlis pelancarannya disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) hari ini.

Dalam ucapannya belaiu berkata,  Projek Pembinaan Eco Sulap UMS Peak itu juga merupakan salah  satu projek yang menyokong aktiviti pelancongan di UMS iaitu Pakej Penghayatan Alam Semulajadi.

“Pakej ini dapat mengetengahkan paparan dan interpretasi keunikan alam semulajadi dalam kampus UMS seperti hutan bukit di UMS Peak. Selain itu,  aktiviti seperti trekking di denai Bukit UMS sepanjang kira-kira 2.8 kilometer adalah kemuncak lawatan di Eco Sulap UMS Peak,” katanya.

Datuk Harun berkata, projek itu nanti juga diharapkan dapat memberikan pengalaman kepada pelajar serta masyarakat melalui Kem Pendidikan Alam Semulajadi. 

Katanya, pakej tersebut akan melibatkan perkhemahan di Bukit UMS dengan menyediakan ruang pembelajaran serta cara-cara untuk memulihara alam semulajadi yang disampaikan melalui ceramah, bengkel, kerja lapangan, trekking, nightwalk, penghayatan dan pencerapan alam semulajadi, permainan minda, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan diskusi serta pembentangan para pelajar.

Sementara itu, beliau memberitahu ‘Pilot Project Solar Farm’ dilaksanakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Sarjana Elektrik dalam bidang penggunaan tenaga alternatif bagi mengkaji keberkesanan kepentingan dan kepenggunaan tenaga solar bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik.

Hadir sama, Pendaftar UMS No’man Datuk Hj. Ahmad dan Pegawai-pegawai Utama UMS. –SS

Foto: Musaab Umair

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.