11 Negara Sertai Program Latihan Negara Ketiga anjuran UMS

JUMAAT, 19 OGOS – Seramai 20 peserta dari 11 negara akan menyertai pusingan ketiga Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2016 di Sabah bermula 8 September depan.

Program selama 21 hari itu dianjurkan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah,  Kementerian Luar Negeri dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Pengarah IBTP UMS, Prof.  Dr. Charles S. Vairappan berkata peserta kali ini terdiri dari wakil India, Uganda, Botswana, Afrika Selatan, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Thailand.

 “Program ini meliputi aktiviti formal dalam bilik kuliah, persembahan video, lawatan lapangan ke pelbagai kawasan hutan yang dilindungi, interaksi dengan masyarakat tempatan di pedalaman dan pinggir kawasan yang dilindungi serta bertemu mereka yang terlibat dalam usaha pemuliharaan di peringkat akar umbi.

"Program latihan merangkumi perolehan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan integrasi, perancangan dan perolehan dana, pelaksanaan penyelidikan dan pendidikan, pengurusan taman dan kesedaran awam," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Seminar IBTP semalam.

Dr. Charles berharap melalui program ini para peserta juga dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan pemuliharaan (perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian) dan merealisasikan matlamat sama dalam aspek pemuliharaan.

Menurut beliau, melalui program yang bertemakan "Kursus Biodiversiti Bersepadu dan Latihan Pemuliharaan Ekosistem" itu, perserta juga akan dapat belajar daripada pengalaman renjer Sabah dalam pelbagai aspek konservasi hidupan liar dan hutan.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Ahli Geologis Kanan pejabat Sumber Asli Sabah, Gerald Jetony dan Ketua Penasihat JICA, Hiroyuki Hatori. -SS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.