Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Jabatan Canselori anjur Seminar “Bahaya Skim Cepat Kaya”

JUMAAT, 19 OGOS – Jabatan Canselori Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan Seminar “Bahaya Skim Cepat Kaya” khusus kepada kakitangan dan pelajar UMS.

Bertempat di Auditorium Utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, seminar tersebut antara lain membincangkan  tentang hutang, jenayah kewangan skim cepat kaya, dan perancangan kewangan yang dikongsikan tiga panel jemputan iaitu Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Muhammad Suhaimi Taat; Eksekutif Kanan Bank Negara Malaysia, Tonarusli Tonamli; dan Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Gracy Nealda A. Dukim.

Dalam perkongsian Dr. Suhaimi yang bertajuk “Berhutang Dari Perspektif Agama”, beliau menjelaskan dalam Islam, hutang dibenarkan namun hanya dalam keadaan mendesak atau terpaksa.

“Setiap hutang haruslah dijelaskan kerana hutang boleh jadi darah daging kita, dan hutang walau satu sen tetap akan dituntut di hari akhirat.

“Paling mudah, kita haruslah berbelanja secara berhemah, dan jangan terperangkap dalam keadaan keberhutangan,” katanya.

Sementara itu, Tonarusli dalam ceramahnya bertajuk “Jenayah Kewangan” menyeru agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dan tidak munasabah dengan jumlah pelaburan yang kecil.

“Skim sebegini mempunyai pelbagai modus operandi antaranya menggunakan komoditi seperti emas sebagai produk pelaburan, dan menjadikan kakitangan kerajaan dan pelajar universiti sebagai sasaran,” katanya.

Gracy Nealda dalam perkongsiannya bertajuk Starting and Raising Family pula menjelaskan tentang kepentingan perancangan kewangan terhadap seseorang individu, dengan mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan.

“Peratusan orang muflis di Malaysia adalah 60 orang setiap hari, dengan masalah pinjaman kereta antara penyumbang utama kepada angka tersebut.

“Antara sebab utama keberhutangan tinggi ini adalah kerana gaya hidup mewah, kegagalan merancangan kewangan, dan tamak,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pelaburan, beliau berkata pelaburan kebiasaannya dilakukan untuk melindungi dari inflasi, meningkatkan pulangan, dan sebagai cara untuk mencapai sesuatu matlamat hidup.

Lebih 200 warga UMS hadir pada sesi seminar selama sehari itu. -MA-


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36