Gotong Royong Melestari Kebersihan Dan Keindahan Pusat Minda Lestari UMS

ISNIN, 22 OGOS – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanakan aktiviti gotong royong  sebagai usaha melestarikan kebersihan dan keindahan di persekitaran PML.

Menurut Pengarah PML, Aidah Noordin, aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat memupuk sikap saling bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga PML.

“Gotong-royong ini juga mendapat bantuan daripada pihak syarikat yang menguruskan landskap iaitu FADA Enterprise dan syarikat kerja-kerja pembersihan di kawasan PML iaitu DES Dynamics sebagai menunaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada komuniti,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar PML, Faddili Kasin berkata, keselamatan kanak-kanak merupakan keutamaan PML dan kebersihan adalah salah satu faktor utama dalam memastikan mereka berada dalam persekitaran yang bersih dan sihat.

“Selain itu, keselamatan fizikal juga diambil kira dan PML perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kawasan PML tidak terdedah kepada bahaya fizikal.

“Untuk itu, program ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi memastikan persekitaran kawasan PML sentiasa terjaga rapi, sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama berpasukan, bertolak ansur dan muafakat yang akhirnya melahirkan warga kerja bertanggungjawab serta mempunyai sikap Sense of Belonging terhadap tempat bertugas,” ujarnya.

Sumber: Faddili Kasin, PML

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.