Program SEMEGA Didik Pelajar Sekolah Kehidupan Di Universiti

ISNIN, 22 OGOS – Program Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mendidik pelajar sekolah tentang kehidupan sebenar di universiti, di samping menyuntik semangat mereka untuk bertekad ke menara gading.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi berkata program sebegini adalah satu program yang bersifat akademik, motivasi, dan kepimpinan yang bermanfaat dan sebagai satu suntikan semangat kepada para peserta program.

“Saya berharap dengan adanya program seumpama akan dapat memberi dorongan khususnya kepada pelajar sekolah menengah untuk memajukan dan mempersiapkan diri mereka.

“Selain itu, program ini diharap akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan demi kebaikan diri, universiti dan negara amnya,” katanya ketika merasmikan penutupan program tersebut di Dewan Kuliah Pusat 2, UMS semalam.

Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai.

Beliau turut berharap agar peserta program SEMEGA tidak berputus asa dan patah semangat untuk meneruskan pembelajaran demi mencapai cita-cita melangkah ke alam universiti.

Program SEMEGA yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan seramai 177 pelajar dari 15 buah sekolah menengah seluruh Sabah berkampung di Kampus UMS bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya kem motivasi, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.

Hadir sama pada majlis penutupan program SEMEGA, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd Kassim Mohd Ibrahim dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Azmi Jumat. -MA-

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.