ICEduPsy16 mampu Pupuk Kerjasama Berkaitan Profesion Pendidikan dan Psikologi

ISNIN, 26 SEPTEMBER – Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16) mampu menjadi platform dalam memupuk kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan profesion pendidikan dan psikologi khususnya di kepulauan Borneo.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Mohd Ayid, pendidikan dan psikologi adalah dua bidang yang saling berkaitan dan mampu memberi kesan yang besar terhadap kebajikan masyarakat.

“Diharapkan persidangan ini dapat memberi ruang kepada pendidik dan penyelidik untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu pendidikan dan psikologi terkini bagi manfaat masa depan di rantau ini,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan ICEduPsy16 di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Terdahulu, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, kerjasama melalui persidangan sebegini akan memperkukuhkan hubungan berjiran khususnya Malaysia-Indonesia, dan juga menggalakkan perkongsian pemindahan pengetahuan dalam kalangan pakar dalam bidang psikologi dan pendidikan.

“Bertepatan dengan tema yang digunakan iaitu ‘Transformasi Mendidik Generasi Dalam Membentuk Masa Depan’, ini memberi peluang kepada peserta berbahasa dalam bidang psikologi dan pendidikan hasil penyelidikan dan penemuan tingkah laku manusia dan inovasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

“Usaha ini juga akan membawa pandangan baru dalam memajukan bidang psikologi dan pendidikan yang diamalkan di kedua-dua negara,” katanya.

Seramai 500 peserta terdiri daripada delegasi kedua-dua negara menyertai persidangan dua hari anjuran bersama Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS dan Universitas Borneo Tarakan Kalimantan Timur Indonesia.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.