Membudayakan Penyelidikan : Klinik Penyelidikan dan Klinik Inovasi Diperkenal

KHAMIS, 29 SEPTEMBER - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof, kelmarin, melancarkan Klinik Penyelidikan dan Klinik Inovasi bertujuan memberi kemudahan khidmat konsultasi kepada para penyelidik UMS.

Menurut Prof. Dr. Shahril, kemudahan tersebut dapat memudahkan para penyelidik UMS untuk terus menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu budaya kecemerlangan Universiti.

“Kewujudan dua klinik ini pasti akan merancakkan lagi penyelidikan UMS sekali gus meningkatkan kualiti penerbitan serta meningkatkan pencapaian universiti dalam Malaysia Research Assessment (MyRA),” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) UMS, Prof. Madya Dr. Lee Ping Chin mengumumkan bahawa Klinik Penyelidikan akan dikendalikan oleh beberapa panel dalaman universiti yang dilantik dalam bidang kepakaran masing-masing, manakala Klinik Inovasi akan dikendalikan oleh beberapa panel luar UMS, khususnya pihak industri.

Tambah beliau, Klinik Penyelidikan akan menyediakan khidmat konsultasi mengenai statistik, reka bentuk eksperimen, analisis data, penerbitan serta penterjemahan.

Manakala Klinik Inovasi pula bertujuan membantu penyelidik untuk mengembangkan idea kepada penyelidikan yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial.

Selain itu, UMS juga turut menyediakan insentif penyelidikan dan kemudahan dana dalaman untuk kakitangan UMS yang dikenali sebagai Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) serta Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGReat) untuk pelajar pascasiswazah.

Foto: Suzeanywati Gasinin

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.