33 Emas Dinobatkan di PEREKA 2016

KHAMIS, 29 SEPTEMBER - Sebanyak 250 penyertaan daripada para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipertandingkan pada Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) yang berakhir semalam di Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS.

Daripada penyertaan tersebut, 21 emas dianugerahkan untuk kategori penyelidikan dan 12 emas kepada kategori inovasi.

Seperti tahun lalu, penganjur program, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) masih mengekalkan sepuluh klasifikasi pertandingan iaitu Bantuan Pembelajaran; Biosains dan Bioteknologi, Pertanian, Perhutanan dan Makanan; Sains Fizikal, Persekitaran dan Tenaga; Sains Sosial, Kemanusiaan, Seni dan Pendidikan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Kesihatan dan Sains Perubatan; Perniagaan dan Ekonomi; Kejuruteraan dan Teknologi serta EcoCampus.

Seramai 20 hakim daripada pelbagai insititut pengajian tinggi dan industri dijemput bagi mengadili pertandingan tersebut.

Penganjuran PEREKA bertujuan memupuk budaya serta semangat penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan penyelidik UMS, seterusnya menjadi platform untuk masyarakat dan industri mengenal pasti teknologi yang berpotensi.

Foto: Suzeanywati Gasinin

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.