SME@UMS Usaha Tingkat CEO PKS Berpengetahuan Dan Berkemahiran

JUMAAT, 7 OKTOBER – Penganjuran SME@UMS mampu membantu kumpulan Ketua Eksekutif (CEO) bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, ia kerana masih ramai CEO PKS berdepan masalah kurang pengalaman dan kemahiran dalam bidang tersebut.

“Peningkatan ilmu pengetahuan dalam dunia keusahawanan tidak boleh diabaikan kerana perubahan persekitaran pasaran dan persaingan akan menjadi penghalang utama usahawan beraksi dalam pasaran global.

“Justeru, bagi mencapai matlamat ini, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan adalah perlu bagi PKS lebih berdaya saing dengan menambah baik dan membangunkan produk mereka,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Graduasi Program SME@UMS 2016.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin.

Tambah beliau, pelaksanaan program SME@University adalah pembelajaran berstruktur untuk CEO PKS berdasarkan model dari University Tokyo, Jepun, yang bertujuan membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam pengurusan perniagaan demi membangunkan pertumbuhan perniagaan dalam kalangan usahawan baharu dan sedia ada.

“Pendekatan pelaksanaan program ini adalah bersifat hands-on bagi memastikan usahawan mendapat ilmu pengetahuan yang terkini di pasaran,” ujarnya.

Seramai 30 orang CEO PKS tempatan menerima sijil tamat program, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Datuk (Dr.) Hafsah Hashim.

Hadir sama Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin dan Pengurus Kanan SME Instrumen Division, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Tinah Jerome.

Foto: Musaab Umair

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.