Sambutan Bulan KreaNova Pupuk Pembudayaan Kreativiti Dan Inovasi

JUMAAT, 7 OKTOBER – Penganjuran sambutan Bulan Kreativiti dan Inovasi (KreaNova) sepanjang bulan Oktober ini mampu menjadi platform untuk memberi ruang dan peluang kepada kakitangan dalam membantu organisasi memilih, mengenal pasti dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja, melalui kreativiti dan inovasi dalam kalangan kakitangan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, penganjuran program ini adalah usaha berterusan universiti untuk terus maju ke hadapan ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan  sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 bagi Lonjakan 6 iaitu Pemantapan Tadbir Urus.

“Saya melihat program ini juga mampu memupuk budaya penambahbaikan yang berterusan seperti yang sinonim dan diamalkan oleh masyarakat Jepun, dikenali sebagai Kaizen yang diperkenalkan oleh Masaki Imai pada tahun 1986 melalui bukunya The Key to Japan’s competitive success.

“Melalui strategi ini, penambahbaikan yang berterusan perlu dilaksanakan dan melibatkan semua ahli dalam organisasi secara kerja berpasukan.

 “Strategi ini jika dapat dilaksanakan secara berterusan atau istiqamah, ternyata mampu memberi kepuasan kepada pekerja dan seterusnya memberi manfaat kepada tadbir urus dan seterusnya kemajuan organisasi berkenaan,” katanya dalam teks ucapan perasmian Majlis Pelancaran Bulan KreaNova 2016 yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin di Galeri Majlis, pagi tadi.

Menurutnya lagi, program ini sememangnya wajar dilaksanakan bagi menerapkan konsep knowledge base dan creativity driven bagi membolehkan para kakitangan menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada mutu perkhidmatan yang berkualiti.

Turut diadakan majlis menandatangani surat niat antara Jabatan Pendaftar UMS bersama Rakan Strategik KreaNova UMS, iaitu dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sabah, Malaysia Productivity Corporation (MPC) Cawangan Sabah dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Foto: Musaab Umair

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.