FPP dan AADK Jayakan SHARP 2016

ISNIN, 10 OKTOBER - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah menganjurkan Seminar Interaktif Peringkat Kebangsaan: Penyalahgunaan Bahan, Smart Sharing Programme (SHARP 2016) baru-baru ini.

Bertempat di Dewan Resital UMS, seminar tersebut dianjurkan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dalam ucapannya berkata, program tahunan FPP itu digerakkan para pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) yang berhasrat untuk menjadi pencetus pentas percambahan ilmu seiring dengan hasrat kerajaan dalam membasmi penyalahgunaan dadah secara holistik.

“Penganjuran SHARP pada tahun bertujuan mempromosikan program dan peranan SPADA UMS kepada umum dan guru-guru kaunseling sekitar Sabah khasnya tentang kepentingan program ini dan matlamat utama kewujudannya.

“Selain itu, ia bagi mendedahkan kepada peserta tentang punca dan kesan dadah kepada individu, masyarakat dan negara selain sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial UMS khususnya FPP dalam usaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Dekan FPP, Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek.

Datuk Harun berkata, penganjuran program itu juga bagi mengumpul dana untuk membiayai program-program pencegahan dan pemulihan dadah anjuran pelajar sarjana SPADA UMS.

“Apabila kita membicarakan soal pencegahan dan program-program pembasmian penyalahgunaan dadah, kita tidak boleh lari dari proses pendidikan dan kepentingan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, sukar untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu yang kita usahakan,” tambahnya.

Beliau turut mengajak orang ramai agar sentiasa berganding bahu membentuk satu pasukan yang mantap segenap posisi dan segi, yang saling lengkap-melengkapi bagi mencapai hasrat murni tersebut.

“Mudah-mudahan melalui kerjasama dan gabungan usaha seperti ini, kita akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu barisan sebagai satu pasukan untuk bersama memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah,” katanya.

Majlis perasmiannya disempurnakan Ketua Pengarah AADK Malaysia Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd Hussin.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.