Hari Sukan Negara Peringkat UMS Disambut Meriah

SELASA, 11 OKTOBER - Penganjuran Hari Sukan Negara peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat sambutan mengalakkan apabila berjaya menarik penyertaan hampir 4,000 pelajar dan kakitangan UMS.

Majlis perasmiannya diadakan di Dataran Dewan Canselor pada Sabtu dengan disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Dalam ucapannya beliau berkata, pihak pengurusan sentiasa memberi sokongan kepada program berbentuk kesukanan yang dilihat amat bertepatan dalam mengekalkan tahap kesihatan warga universiti.

Menerusi program tersebut yang diadakan serentak di seluruh Negara, beliau mengajak seluruh warga UMS terus membudayakan sukan dalam kehidupan setiap hari kerana badan yang sihat akan menjadikan otak dan pemikiran cergas seterusnya dapat bergerak aktif  menghasilkan kejayaan kepada universiti.

Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap padang rumput tiruan UMS yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di Malaysia dan diiktiraf oleh FIFA, sambil mengharapkan agar kemudahan tersebut dapat membantu para atlet untuk berlatih dengan selesa serta mampu menghasilkan atlet yang cemerlang dalam sukan.

Pada majlis itu, Dr. Ismail Ali turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada tiga atlet yang menerima anugerah Ahli Sukan Cemerlang 2016.

Mereka ialah Christina Edris, Ahmady Radi dan Vedora Jessica Peter.

Program itu turut disertai Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj. Ahmad.

 

Foto:  Nasrul Rukkung

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.