Deligasi Kolej Kediaman E ke UUM dan UNIMAP

SELASA, 1 NOVEMBER - Barisan Kepimpinan Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program ‘Delegasi Ilmiah Ke Utara Semenanjung Malaysia’ yang melibatkan lawatan ke Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, baru-baru ini.

Deligasi tersebut diwakili oleh 12 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) sesi 2015/2016, Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB) dan Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK).

Lawatan selama tiga hari dua malam ke UUM dan UniMAP itu bertujuan melihat dan mempelajari sedikit sebanyak cara pengurusan kolej kediaman kedua-dua universiti.

Pada sesi lawatan kali ini, Inapan Siswa (INASIS) TM, UUM telah dipilih sebagai tempat perbincangan dua hala antara kepimpinan Kolej Kediaman E, UMS bersama-sama Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS TM, UUM yang terdiri daripada 36 orang ahli.

Manakala di UniMAP lawatan pemimpin Kolej Kediaman E telah melawat sekitar kawasan UniMAP yang terletak di Kampus UniMAP Pauh, Perlis iaitu ke Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (TAR).

Organisasi kepimpinan kolej TAR dikenali sebagai Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) yang terdiri daripada 15 orang ahli.

UUM turut membawa deligasi UMS ke tempat-tempat menarik yang terdapat di dalam kampus berkenaan seperti Varsity Mall, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan Mua’dzam Shah (DMAS), Litar Go-Kart, Pusat Sukan dan Pusat Ekuin Kuda UUM.

Selain itu, deligasi UMS berkesempatan menyaksikan Majlis Penutupan Festival Konvokesyan (FESKON 2016) sempena Istiadat Konvokesyen ke-11 UniMAP tahun ini.

Turut mengiringi deligasi ke program tersebut, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman E, Mohd Hilmey Saili.

Sumber: JAKMAS Kolej Kediaman E.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.