Seminar Kelapa Sawit Malaysia-UK di UMS

SELASA, 8 NOVEMBER - Seramai 41 peserta telah menjayakan Newton Ungku-Omar Early Career Researcher Workshop on Oil Palm Sustainability yang diadakan di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Bengkel dengan kerjasama South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), University of Oxford dan Lancaster University tersebut bertujuan mendorong kerjasama antara penyelidik muda dengan pelbagai agensi berkaitan industri kelapa sawit.

Menurut Pengarah IBTP, Prof. Dr. Charles S. Vairappan, bengkel tersebut antara lain memberi peluang perbincangan berkenaan kemampanan industri minyak kelapa sawit dan pembentangan kertas kerja berkenaan produk-produk hasil kelapa sawit.

“Melalui bengkel ini, kita dapat mengenal pasti dan membincangkan sebanyak 25 soalan penting berkenaan industri kelapa sawit, termasuklah kos dan polisi,” jelasnya.

Bengkel selama dua hari itu mengumpulkan para penyelidik dan pelajar ijazah sarjana daripada pelbagai universiti, insititut penyelidikan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Monash University dan Nottingham University (Malaysia).

Sebagai rekod, bengkel tersebut ditaja oleh British Council, Akademi Sains Malaysai dan Newton-Ungku Omar Funds.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.