ISNIN, 05 DISEMBER - Sekumpulan pelajar tahun tiga dari Kursus Politik Alam Sekitar Antarabangsa (AS31503) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan kempen menentang keganasan alam sekitar pada Ahad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu, kempen tersebut bertujuan melaksanakan pendekatan bagi menggalakkan semangat cintakan alam semula jadi sebagai alternatif kepada keganasan.
Kempen yang bertemakan “Love Nature Embrace Peace” menyasarkan pelajar sekolah dan generasi muda dengan memberi pendedahan berkaitan keganasan dan impaknya kepada kesejahteraan mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, ia juga untuk menyerlahkan kesan negatif perbuatan pengganas atau mana-mana tindakan keganasan terhadap alam semula jadi.
Seorang peserta, Fatinullah, 23, memaklumkan bahawa melalui kempen itu beliau mempelajari lebih mendalam tentang isu berkenaan.
"Masyarakat kebanyakannya tidak tahu bagaimana pelampau keganasan terhadap alam sekitar di sekeliling kita. Sebenarnya Keganasan ekstremisme bukan hanya perang antara negara tetapi keganasan juga berlaku kepada alam sekitar seperti aktiviti penebangan hutan dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Strategi kempen itu termasuklah memberi kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah melalui “flashmobs” di universiti dan sekitarnya, selain pengagihan risalah serta kempen menerusi media sosial.
Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyokong kempen ini dengan menyiarkan gambar-gambar alam sekitar kegemaran di laman sosial masing-masing dengan meletakkan #LoveNatureEmbracePeace pada status komen mereka.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman Facebook, Twitter atau Instagram pada alamat berikut:
Facebook - https://www.facebook.com/lovenatureembracepeace/
Twitter - https://twitter.com/lovenatureembr1
Instagram - https://www.instagram.com/lovenatureembracepeace/