FKSW Anjur Minggu Keselamatan dan Kesihatan dengan Jayanya

JUMAAT, 9 DISEMBER -  Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berakhir hari ini di fakulti tersebut.

Acara itu yang dianjurkan pelajar tahun dua Program Hubungan Industri (HA12) diadakan seiring dengan  tema global Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa 2016, "Bebas Tekanan di Tempat Kerja".

Pensyarah kursus Keselamatan dan Kesihatan Industri, Salmie Jemon berkata, program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan kakitangan mengenai bahaya dan risiko serta mekanisme untuk mengurangkan atau menghapuskan masalah-masalah di tempat kerja.

"Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, di mana ia berfungsi sebagai platform pembelajaran berdasarkan pengalaman luar kampus dalam industri," katanya.

Menurutnya, satu pameran poster akademik turut diadakan oleh 13 kumpulan pelajar yang memaparkan hasil kerja lapangan mereka.

"Program ini juga mengajar pelajar-pelajar tentang penampilan diri, berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah, dinamik dalam menghadapi cabaran kerja serta bersedia untuk menghadapi persaingan dalam pasaran kerja," ujar Salmie.

Pelbagai acara telah menjadi pengisian sepanjang program yang berlangsung sejak Rabu itu.

Antaranya ialah aktiviti ceramah daripada pakar dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, demonstrasi memadam kebakaran dan operasi menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta demonstrasi bantuan kecemasan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) UMS.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma dari Pusat Rawatan Warga UMS dan Kempen Derma Darah oleh Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.