UMS Kedudukan Ke-44 Terbaik Dunia Dalam UI-GreenMetric World University Ranking

JUMAAT, 30 DISEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menutup lembaran tahun 2016 dengan pencapaian cemerlang, apabila berjaya meraih kedudukan ke-44 terbaik dunia dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2016 menurut senarai kedudukan yang diterbitkan kelmarin. (29 Disember 2016).

Kedudukan tersebut menyaksikan UMS melonjak 129 anak tangga berbanding di tangga ke 173 pada tahun 2015, serta memperbaiki kedudukan dalam peringkat Asia, iaitu di kedudukan ke-6 berbanding di tangga ke-66 pada tahun lalu.

UMS juga meraih kedudukan universiti kedua terbaik di Malaysia berdasarkan ranking tersebut, berbanding di tangga ke-7 pada tahun sebelumnya.

Penarafan UI-GreenMetric World University Ranking pada tahun ini melibatkan penyertaan 516 buah universiti dari 74 negara yang mengambil bahagian, satu peningkatan berbanding 407 universiti dari 65 negara pada tahun lalu.

Pengukuran bagi penarafan tersebut meliputi enam kategori utama, iaitu infrastruktur (15%), tenaga dan perubahan cuaca (21%), sisa buangan (18%), penggunaan air (10%), pengangkutan (18%) dan pendidikan (18%), sesuatu pengukuran penarafan pada kampus ‘paling hijau’ dan mesra alam di dunia.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen UMS dalam mempelbagaikan usaha terhadap agenda EcoCampus di UMS berdasarkan Pelan Tindakan EcoCampus yang dilancarkan sejak tahun 2013, yang menyaksikan pada tahun ini UMS telah melancarkan EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC) bersama-sama dengan pakej Eko Pelancongan UMS sebagai salah satu usaha mendidik masyarakat terhadap kelestarian dan pengurusan alam sekitar.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.