UMS Sumbang RM25,500 Kepada Tabung Rohingya Utusan-TH

SELASA, 10 JANUARI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyerahkan sumbangan sebanyak RM25,500 kepada Tabung Rohingya Utusan TH yang bertujuan untuk meringankan bebanan dan penderitaan yang dihadapi mangsa-mangsa etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar akibat penindasan dan kekejaman berterusan.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah kepada Pengarah Lembaga Tabung Haji Sabah, Datin Nurlaila Said dalam satu majlis di Bilik Mesyuarat Naib Canselor kelmarin.

Turut disampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 daripada Kelab Surirumah dan Staf Wanita (KESUMBA) UMS melalui wakilnya, Ken Silawati Khamis kepada Datin Nurlaila.

Hasil sumbangan yang dikutip akan diserahkan ke ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad yang mengendalikan kutipan tabung tersebut sejak dibuka pada 1 Disember lalu.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Cawangan Sabah, Haji Saimin Ongki berkata pihaknya telah menggerakkan kutipan tabung tersebut ke seluruh Negeri Sabah dan pada masa ini sedang menggerakkan lagi tabung kemanusiaan Acheh.

“Kita amat berterima kasih kepada warga UMS khususnya atas keprihatinan dan sumbangan yang disampaikan, yang mana merupakan antara sumbangan tertinggi dalam kalangan organisasi,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Pengarah Pusat Islam UMS, Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.