UMS Institusi Pertama Malaysia Pamer Rangka Gajah Pigmi

JUMAAT, 10 MAC -  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi institusi pertama di Malaysia yang mempunyai pameran tulang rangka gajah pigmi.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, pameran rangka gajah tersebut yang ditempatkan di Galeri Borneensis Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) dilihat mampu membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti.

“Dalam masa yang sama, pameran rangka gajah ini bukan sahaja dilihat mampu menarik minat pelajar dan orang ramai untuk mengunjungi galeri Borneensis malah membantu mendidik masyarakat tentang pemuliharaan biodiversiti terutama sekali apabila ia melibatkan mamalia terbesar di Kepulauan Borneo,” katanya.

Menurut beliau, memang tidak dinafikan tambahan terbaharu di ruang pameran galeri berkenaan akan membuatkan galeri IBTP itu lebih unik dengan kepelbagaian koleksi.

 “Penempatan tulang rangka ini akan meningkatkan kepentingan Galeri Borneensis. Saya percaya ini satu langkah yang tepat untuk mendapatkan tulang rangka berkenaan daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL).

“Saya difahamkan idea ini disokong dan diluluskan oleh Datuk Laurentius Ambu. Malah, Pengarah JHL Augustine Tuga turut membantu dalam menjayakan projek usaha sama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr D Kamarudin D Mudin di IBTP.    

Projek merealisasikan pameran rangka gajah pigmi itu merupakan usaha sama antara IBTP, JHL serta Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun – Pembangunan Mampan untuk Pemuliharaan Biodiversiti & Ekosistem Sabah  (JICA – SDBEC).

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.