PIUMS anjur Program Ziarah Ukhuwah Pesakit Kanser Di Hospital Likas

JUMAAT, 10 MAC - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) menganjurkan Program Ziarah Ukhuwah di Hospital Likas, Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut Pengarah PIUMS, Dr. Mohd. Suhaimi Taat, program itu bertujuan untuk memberi sokongan dan motivasi dan pada masa yang sama sebagai tanda keprihatinan PIUMS terhadap amalan menziarahi pesakit terutama pesakit kronik seperti kanser.

“Selain ziarah ukhuwah dan sesi ramah mesra dengan pesakit, kami sempat memberi kata-kata semangat kepada 27 pesakit kanser agar mereka sentiasa berfikiran positif dan lebih kuat untuk menghadapi penyakit dan menerima rawatan yang diberikan.

“Beberapa bentuk sumbangan turut diberikan berupa buah-buahan, makanan ringan dan wang tunai,” kata Dr. Suhaimi. 

Sumbangan diserahkan kepada doktor merawat pesakit kanser di Wad Onkologi Dewasa (Lelaki dan Wanita), Hospital Likas Kota Kinabalu, Dr. Ahmad Naufal Alwi.

Hadir sama, Pegawai Hal Ehwal Islam PIUMS, Noorisah Taljid, dan Jururawat Wad Onkologi Dewasa, Metron Mary Jubin.

 

Sumber: Yusri Sumin, PIUMS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.