Bengkel Penjanaan Pendapatan UMS 17 Mac Ini

ISNIN, 13 MAC - Universiti Malaysia Sabah melalui kerjasama Pusat Pelaburan dan Endowmen serta Jabatan Bendahari akan menganjurkan Bengkel Penjanaan Pendapatan UMS 2017 pada 17 Mac ini.

Bertempat di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, bengkel yang bertemakan “Ke Arah Melestarikan Kewangan UMS” itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada pengurusan universiti dan jabatan serta fakulti untuk berkongsi maklumat dan berbincang mengenai cabaran kewangan yang dihadapi oleh universiti, dan memberikan motivasi kepada mereka agar meningkatkan usaha penjanaan pendapatan khususnya melalui aktiviti pengkomersialan, program akademik dan kepakaran Universiti, monetasi aset dan penglibatan anak syarikat UMS.

Penganjuran bengkel itu adalah satu usaha UMS dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya selari dengan inisiatif Pelan Transformasi Universiti Purple Book dan Green Book yang menyasarkan agar universiti awam mengurangkan pergantungan mereka kepada geran kerajaan dengan meneroka punca pendapatan yang lebih lestari melalui penggunaan optima sumber aset serta kepakaran universiti.

Pada bengkel itu, setiap jabatan dan fakulti juga akan membentangkan strategi dan aktiviti penjanaan pendapatan masing-masing untuk dikongsi bersama.

Bengkel tersebut bakal dihadiri seramai 120 kakitangan daripada 33 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UMS, dan dijangka akan turut dijayakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tun Zaki Tun Azmi serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti.

Sumber: Jurinah Johnny, Pusat Pelaburan dan Endowmen

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.