JAKMAS Kolej Kediaman E UMS Jayakan Delegasi Ilmiah di UTHM dan UTM

SELASA, 17 APRIL - Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program Delegasi Ilmiah ke Selatan Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Siti Irra Shahirah Mohd Yasin, program selama empat hari itu diadakan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Program ini merupakan aktiviti tahunan yang memberi manfaat besar kepada pemimpin pelajar di Kolej Kediaman E kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutama yang berkaitan sistem pengurusan kolej kediaman di kedua-dua universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Siti Irra berkata, Delegasi Ilmiah kali ini disertai 12 pemimpin kolej iaitu lapan ahli JAKMAS, tiga Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB), seorang Majlis Ketua-ketua Kelab (MKKK), dan dua pegawai pengiring iaitu Pengetua Kolej Kediaman E, Dr. Syahruddin Awang Ahmad dan Felo Kolej, Hassan Insi.

“Program ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang dijalankan melalui diskusi dua hala antara peserta delegasi bersama pemimpin Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, UTHM dan Kolej Tuanku Canselor, UTM.

“Diskusi ini telah membincangkan tentang cara pengurusan kolej, penginapan pelajar, fasiliti, kebajikan dan keselamatan pelajar di peringkat kolej kediaman,” jelasnya lagi.

Siti Irra berkata, program tersebut banyak memberi maklumat serta idea penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa hadapan.

“Program ini juga dianggap sebagai medium yang memupuk hubungan baik antara ketiga-tiga universiti ini. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan, program yang bermanfaat seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang supaya penambahbaikan dalam pengurusan kolej kediaman dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 

Sumber: Mohd. Hilmey Saili, Felo Kolej Kediaman E

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.