Ekspo APK Ke-16 Dan Hari Terbuka Sains Dan Teknologi UMS 3-4 Mei Ini

JUMAAT, 28 APRIL – Ekspo Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) ke-16 dan Hari Terbuka Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diadakan pada 3 hingga 4 Mei ini.

Bertemakan “Creative Innovation” dengan slogan “Create, Learn and Grow”, ekspo ke-16 ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dalam menerajui bidang keusahawanan serta memupuk kerjasama sesama siswa-siswi, selain memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman sebagai usahawan.

Terdapat lebih daripada 100 kumpulan yang akan menjual barangan hasil aspirasi dan inovasi kreatif dalam hari Ekspo tersebut, seperti makanan, minuman, permainan, pakaian serta perkhidmatan.

Turut diadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar yang disediakan khas kepada ahli-ahli Ekspo dan para pengunjung seperti Creative Stall dan Facebook Best Picture.

Justeru itu, orang ramai khususnya warga UMS adalah dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari Ekspo APK tersebut yang diadakan di Fakulti Sains dan Sumber Alam bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sumber: Unit Publisiti dan Aktiviti, Ekspo APK Ke-16

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.