Simposium UMS, SMKA Limauan Bantu Ketengah Isu Pembangunan Negeri Sabah

SELASA, 2 MEI – Simposium Peranan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Limauan anjuran bersama SMKA Limauan dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu mengetengahkan pelbagai aspek berkaitan pembangunan Negeri Sabah melalui sesi perbincangan ilmiah antara peserta dari pelbagai latar belakang.

Simposium yang mengumpulkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada mantan guru-guru dan alumni SMKA Limauan dari tahun 1977 sehingga 2003 turut melibatkan beberapa ahli akademik UMS bagi membincangkan isu-isu seperti pengurusan sains dan teknologi, pendidikan dan pembangunan, sosio ekonomi dan sejarah sekolah berkenaan.

Turut berlangsung forum bertajuk “Keunikan Tarkiyab Limauan: Dari Kepayahan Hingga Kejayaan” yang membariskan tiga ahli panel iaitu Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Sabah, Tuan Haji Saimin Ongki, Ketua Sektor Pengurusan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Haji Mohd Kassim Tusin, dan Setiausaha Akademik Institut Perguruan (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Mohd Rasdi Saanah.

Sementara itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan berkata, pertemuan besar alumni SMKA Limauan ini mampu memberi impak yang besar ke arah persaudaraan serta menjadikan alumni-alumni sebagai nadi penggerak kemajuan negeri Sabah dalam setiap aspek khususnya menyediakan modal insan kelas pertama dalam mendepani dunia yang semakin mencabar.

Turut hadir Pengerusi Penaja Persatuan Alumni SMKA Limauan, Tuan Hj. Salman Datuk Hj. Ismail, Pendaftar UMS, No’man Ahmad yang juga merupakan pengerusi penganjur simposium, dan mantan pengetua pertama SMKA Limauan, Ustaz Hj Ismail Hassan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.