IPMB anjur Bengkel NRGS

KHAMIS, 3 OGOS - Satu Bengkel Kemajuan Program Niche Research Grant Scheme (NGRS) dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dianjurkan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari.

Pengurus Hatceri Ikan IPMB, Dr. Faihanna Ching Abdullah dalam taklimatnya  menyatakan bahawa pengetahuan berkaitan pengembangan akuakultur penting untuk membantu pengusaha dan komuniti nelayan memperbaiki status sosioekonomi dan kualiti hidup melalui penambahbaikan amalan akuakultur.

“Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat agar lebih ramai menceburi aktiviti akuakultur sekali gus mempromosikan industri akuakultur, melestarikan ekosistem komuniti dan industri akuakultur,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi harapan universiti untuk menjadi pemangkin pembangunan dengan melihat lebih ramai masyarakat khususnya di luar bandar menceburi bidang akuakultur sekali gus menjana pendapatan lumayan.

Sementara itu, Pengarah IPMB Prof. Dr. Rossita Shapawi memaklumkan KPT memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada IPMB bagi menjalankan sebanyak tujuh projek penyelidikan.

“Projek ini dijangka mampu membawa pulangan yang baik kepada universiti sendiri melalui kerjasama tiga fakulti iaitu Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan yang akan membantu melihat sudut pandangan sosial kepada alam marin, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan membantu dalam penuaian hasil daripada akuakultur, dan Fakulti Sains dan Sumber Alam dalam pengurusan bahan buangan ikan dan tumbuhan untuk mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar,” katanya ketika ditemui media selepas sesi taklimat pertama.

Beliau juga memberitahu mengenai perkembangan terkini IPMB yang telah mendapat jemputan khas sebuah syarikat besar dari Russia yang berpangkalan di Pulau Langkawi, Kedah.

“Syarikat ini mahu mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan IPMB bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan ikan kerapu,”  jelas Prof. Dr. Rossita.

Bengkel yang akan berakhir esok dijangka akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT KPT, Prof. Dr. Raha Haji Abdul Rahim.

 

Oleh Mardianah Shamsudin (Pelajar Latihan Industri BPK)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.