Lebih 100 Peserta Sertai Kursus Pengenalan MPSAS

RABU, 9 OGOS – Lebih 100 peserta telah mengikuti kursus terbuka pengenalan kepada Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) anjuran Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung kelmarin di Auditorium Pascasiswazah, UMS.

Bendahari UMS, Zallifah Shadan berkata, penganjuran kursus tersebut adalah sebagai persediaan awal kepada Akauntan, Pegawai Kewangan, Juruaudit, Pensyarah, Pegawai Teknologi Maklumat,  Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit bagi mempersiapkan diri terhadap piawaian perakaunan pertama Sektor Awam itu.

“MPSAS merupakan piawaian perakaunan yang pertama untuk entiti perakuanan Sektor Awam di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

“Piawaian tersebut digubal berasaskan International Public Sector Accounting Standards (IPSAS) yang dikeluarkan oleh International Of Accountants (IFAC) dan MPSAS digunakan oleh Sektor Awam pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada masjlis berkenaan.

Zallifah berkata, Kementerian Kewangan Malaysia bercadang memperluaskan pemakaian MPSAS kepada semua Badan Berkanun Persekutuan (BBP) sebagai rangka kerja pelaporan kewangan masing-masing bermula tahun 2020.

“Pemakaian MPSAS di UMS dijangka bermula pada tahun 2018,” tambah Zallifah.

Beliau turut menyatakan rasa kesyukuran kerana kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Kursus yang berakhir esok dikendalikan Ketua Program Perakaunan Institut Perakaunan Negara, Rajendran Arjunan.

Oleh Mardianah Shamsudin (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.