NLP Bantu Pelajar SK Likas Hadapi UPSR

RABU. 16 OGOS – Program  Neuro Linguistic Programming (NLP) yang dikendalikan kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Likas baru-baru ini mampu menjadi persediaan kepada pelajar tahun enam sekolah berkenaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan datang.

Menurut Timbalan Pendaftar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS, Masri Judah, program tersebut merupakan inisiatif beliau dan 10 lagi kakitangan untuk membantu persediaan murid sekolah tersebut melalui siri perkongsian ilmu dan motivasi diri.

“Program NLP ini bertujuan untuk memberi keyakinan dan mencungkil bakat dan kemampuan diri yang tidak diketahui oleh para peserta.

“Di samping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah menjadi seorang pelajar cemerlang, serta berkongsi panduan persediaan mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan UPSR serta menjadi pelajar cemerlang,” kata Masri.  

Sementara itu, guru besar SK Likas,  Mohd. Jamie Mosliem berkata, program seumpama ini diharap mampu memberi kesan dan perangsang kepada semua pelajar yang terlibat.

“Diharapkan program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang kerana perkongsian berkaitan pengajaran dan teknik pelajar cemerlang sangat penting dan bermanfaat kepada pembangunan akademik dan sahsiah pelajar,” katanya.

Pelajar tahun enam SK Likas, Muhammad Esyam Gamra turut bersetuju agar program tersebut diteruskan dan dipanjangkan kepada pelajar sekolah lain.

“Hasil penyertaan program ini, saya mendapat pendedahan mengenai kaedah belajar sifir cara mudah dan teknik belajar untuk memperoleh 6A dalam UPSR, dan ini menaikkan semangat dan keyakinan saya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang,” ujar beliau.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.