185 Pelajar Sekolah Menengah Sertai SEMEGA 2017

ISNIN, 21 OGOS – Program Selangkah ke Menara Gading (SEMEGA) 2017 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir kelmarin di Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, dengan penyertaan 185 pelajar dari 18 sekolah menengah seluruh Sabah.

Program yang dianjurkan melalui Exco Akademik dan Kerjaya MPP itu disempurnakan Pengerusi Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman (MAPek), Dr. Fredie Robinson mewakili Naib Canselor UMS.

Dalam ucapannya, Dr. Fredie merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada barisan MPP serta seluruh ahli jawatankuasa pelaksana SEMEGA 2017 atas kejayaan penganjuran progam yang bermanfaat besar kepada semua peserta.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program ini,” katanya yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS.

Ujar beliau, SEMEGA 2017 antara lain bertujuan untuk menerapkan aspek motivasi dan kepimpinan di samping menyuntik semangat kepada para pelajar sekolah menengah untuk menanamkan tekad bagi melanjutkan pengajian ke menara gading.

Seorang peserta, Mohd Zulfiqar Nan Zainal dari SMK Abdul Rahim Kudat ketika ditemui media berkata, pelbagai input telah diperoleh sepanjang program yang turut menerapkan aspek kepimpinan sebagai salah satu pengisian utama aktiviti.

“Saya kini tampil lebih yakin pada diri,  memahami teknik komunikasi berkesan, membina hubungan serta memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan di samping menikmati suasana sebenar alam kehidupan kampus,” katanya.

Jarneta Jimpih dari SMK Narinang, Kota Belud turut berkongsi pengalaman manis sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

“Saya sangat seronok dan bersemangat sepanjang mengikuti program ini yang menyaksikan pelbagai pendedahan diberikan kepada kami termasuk suasana pembelajaran di universiti sekali gus menyuntik semangat untuk saya berusaha lebih gigih agar meraih kecemerlangan di peringkat sekolah menengah untuk melanjutkan pengajian di UMS kelak,” katanya yang juga peserta terbaik wanita SEMEGA 2017.

 

Oleh Mardianah Shamsudin (Pelajar Latihan Industri BPK)

 

                                                                                  

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.