Kakitangan Pejabat Canselori Antirasuah

JUMAAT, 6 OKTOBER - Kakitangan Pejabat Canselori komited untuk menekankan komitmen antirasuah dalam perkhidmatan melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis di Cafe D’Sireh.

Menurut Ketua Pejabat Canselori, Stella @ Nurul Martini Gontol, ikrar itu perlu dilaksanakan sebagai komitmen kakitangan untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Ikrar ini bukan hanya sekadar lafaz semata-mata, tetapi haruslah dilaksanakan dan dihayati setiap bait-bait ikrar yang dibacakan,” katanya.

Beliau kemudiannya mengetuai kira-kira 30 kakitangan Pejabat Canselori membacakan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah tersebut.

Pada majlis itu, turut diadakan majlis meraikan empat kakitangan Pejabat Canselori yang akan berpindah jabatan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.