Warga UMSKAL Ikrar Bebas Rasuah

SELASA, 17 OKTOBER - Timbalan Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal mengetuai  Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama warga UMSKAL dalam satu majlis di Bilik Kuliah, Podium D, Bangunan Menara UMSKAL.

Sambil disaksikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan Labuan, Penguasa Kanan Geoffrey Tawayan, Dr. Geoffrey menyifatkan tindakan itu sebagai tanda komitmen pengurusan UMSKAL dalam menzahirkan pentadbiran yang telus dan bebas dari rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

"Ikrar ini merupakan salah satu daripada kerjasama strategik yang dirangka antara pengurusan UMSKAL dan SPRM bagi tujuan membendung serta memperkukuhkan undang-udang terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

"Kami menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi rasuah, dan dalam masa sama, ikrar ini juga memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja serta keinginan kami untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berucap sebelum mengetuai bacaan ikrar tersebut.

Dr. Geoffrey berkata, keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh kepimpinan dan warga universiti dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di UMSKAL, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Geoffrey Tawayan yang mewakili Pengarah SPRM Labuan, Abdulamin Abdullah memuji langkah diambil UMSKAL dalam menandatangani ikrar tersebut dengan menyifatkannya sebagai langkah ke depan dalam membasmi rasuah.

"Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan pengurusan UMSKAL bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang salah guna kuasa dan rasuah.

"SPRM berharap inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM serta UMSKAL dalam usaha berterusan membentuk pentadbiran yang bebas dari unsur negatif tersebut,’’ katanya.

Katanya, UMSKAL adalah merupakan institusi pendidikan tinggi yang terus berusaha gigih dalam melahirkan generasi bijak pandai yang kompeten dan pada suatu hari nanti akan menjadi golongan tunjang yang akan memajukan negara ini.

Turut melafaz dan menandatangani IBR ialah Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Hanudin Amin, Timbalan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.

 

Sumber: Azri Onn Othman, UMSKAL

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.