Pensyarah IPMB UMS Terima Pengiktirafan ASEAN

SELASA, 17 OKTOBER – Pensyarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Lim Leong Seng telah terpilih sebagai penerima  anugerah “Outstanding Young ASEAN-Fisheries Education Network (ASEAN-FEN) Fishery Scientist Award 2017”.

Menurut kenyataan daripada jawatankuasa pemilihan anugerah tersebut, pengiktirafan tersebut diberikan kepada Dr. Lim yang juga merupakan Ketua Program HS27 Akuakultur, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) atas sumbangan signifikan beliau dalam bidang sains perikanan melalui penghasilan sejumlah kertas kerja saintifik dalam jurnal dan bab dalam buku di peringkat antarabangsa.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, pengiktirafan Dr. Lim melalui beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebelum ini menjadikan beliau sebagai calon pilihan yang tepat bagi mengungguli anugerah berprestij di rantau ASEAN pada tahun ini.

Anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Dr. Lim dalam satu majlis penganugerahan bersempena dengan Majlis Perasmian Simposium Perikanan Antarabangsa di Malang, Indonesia pada bulan November depan.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.