Latihan Kecemasan Ancaman Bom Bantu Peserta Tangani Perasaan Panik

KHAMIS, 12 APRIL - Seramai 75 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 23 pelajar Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) UMS mengikuti Latihan Kecemasan Ancaman Bom anjuran Pusat Islam UMS (PIUMS) dengan kerjasama Pasukan Pemusnah Bom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid UMS, kelmarin.

Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohammad Fazri Abd. Hamid, pelaksanaan latihan Emergency Respon Team (ERT) itu bertujuan untuk memberi latihan dan pendedahan tentang pelan tindakan yang perlu diambil oleh kakitangan terlibat sekiranya berlaku kecemasan seperti ancaman bom.

“Program ini bukan sahaja bagi memenuhi kriteria untuk pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS), tetapi juga amat bermanfaat kepada semua kakitangan PIUMS dan seluruh warga UMS supaya dapat mempelajari langkah-langkah awal yang patut diambil sekiranya menghadapi situasi sebenar seperti ini, dan harapan saya agar program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas program.

Turut diadakan, taklimat keselamatan yang disampaikan kakitangan Pasukan Unit Pemusnah Bom PDRM, Sarjan Mejar Mohamad Nasir Saat.

Pelaksanaan latihan kecemasan ancaman bom ini turut melibatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hadir sama, Pengarah PIUMS, Prof. Madya Dr. Muhammad Suhaimi Taat; Ketua Unit Pasukan Pemusnah Bom PDRM, ASP Barnabas Madaun serta  Timbalan Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.