PML UMS Ambil Langkah Tangani Wabak HFMD, Anjur Program Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak

JUMAAT, 10 OGOS – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (Pelatih Jururawat Kesihatan Awam) telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Kanak-kanak di Dewan Badminton, PML, baru-baru ini.

Menurut Pendaftar UMS, No’man Ahmad, penganjuran aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran mengenai penyakit berjangkit dan bagaimana mencegahnya daripada merebak seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Program yang diadakan pada hari ini adalah satu program yang tepat pada masanya dan sangat bermanfaat kepada kita semua khususnya para ibu bapa dan penjaga pusat taska kanak-kanak agar dapat menerapkan pemahaman mengenai punca penyakit dan bagaimana mengawalnya terutama penyakit berjangkit yang selalu menyerang kanak-kanak,” katanya dalam ucapan sempena program tersebut.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah PML, Aidah Noordin.

Ujar beliau, diharapkan agar program yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada warga UMS dan masyarakat luar ini dapat mencapai objektifnya selain menceriakan kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kota Kinabalu, Dr. Jiloris@ Julian Frederick Dony ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, pencegahan penyakit HFMD harus bermula dari rumah di mana para ibu bapa harus memeriksa sama ada anak mereka boleh hadir untuk bersekolah atau tidak serta segera membawa anak mereka ke hospital sekiranya mengidap demam panas yang tinggi.

“Selain itu, pencegahan juga harus dilakukan di pusat jagaan dan taska dengan pemantauan kepada semua kanak-kanak bagi memastikan mereka yang mempunyai simptom HFMD hendaklah dibersihkan dan cegah jangkitan dengan kerap dari permukaan yang mudah disentuh terutamanya alat permainan.

“Masih belum terdapat vaksin untuk virus HFMD tersebut maka amat penting untuk orang ramai mengambil langkah pencegahan dan mengawal penyebaran HFMD melalui amalan kebersihan yang betul,” tambah beliau.

Antara aktiviti menarik pada program tersebut adalah Persembahan Tarian Cuci Tangan, ceramah dan demonstrasi kesihatan kanak-kanak, forum kesihatan kanak-kanak dan pameran kesihatan.

Turut hadir pada program itu wakil Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dympna Primus Otigil.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.