Alumni UMS Chapter Putrajaya Bakal Tubuhkan Koperasi

SELASA, 21 OGOS - Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Chapter Putrajaya mengadakan Protem Jawatankuasa Penubuhan Koperasi Alumni UMS Semenanjung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Presiden Alumni UMS Chapter Putrajaya, Mohamad Farizal Mohamad Shawal, berkata program itu bagi membincangkan lanjut mengenai cadangan penubuhan Koperasi Alumni UMS Semenanjung bersama pihak pengurusan UMS.

“Saya berpendapat koperasi ini mempunyai signifikan yang tinggi terhadap semua ahli alumni UMS yang ada di sini (Semenanjung).

“Sebagai gambaran awal, penubuhan koperasi ini merupakan  satu platfom untuk menjana dana dan pendapatan bagi membiayai aktiviti kebajikan alumni selain dari memberi manfaat kepada ahli-ahlinya,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Pertemuan itu turut diadakan sempena majlis perpisahan bersama mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi.

Farizal berkata, sepanjang Tun Zaki menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah, beliau sentiasa memberi sokongan padu serta dorongan dan bantuan kepada alumni-alumni UMS.

“Sehubungan itu majlis ini juga bertujuan meraikan beliau sebagai tanda terima kasih atas segala nasihat dan bimbingan kepada kami selama ini,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr. Ismail Ali dan Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.