Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

“On-Site Learning” Beri Pendedahan 3D Kepada Pelajar Kejuruteraan UMS

SELASA, 10 DISEMBER – Aktiviti “On-Site Learning” oleh sekumpulan 61 pelajar tahun dua program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tapak pembinaan projek kondominium Kingfisher Sandakan baru-baru ini mampu memberi pendedahan tentang cara mengaplikasikan ilmu pengetahuan di dalam kuliah dalam suasana pembinaan sebenar sesuatu projek di luar universiti.

Menurut pensyarah FKJ, Sr. Asmawan Mohd Sarman, aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai 3D (Difficult, Dangerous, Dirty) di tapak pembinaan agar pelajar kejuruteraan awam UMS dapat merasai suasana keadaan sebenar tapak pembinaan.

“Dengan pendedahan awal ini, pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pekerjaan di tapak pembinaan pada masa hadapan dan dapat gambaran yang lebih jelas tentang keadaan sebenar tapak pembinaan.

“Antara tujuan utama program ini dijalankan supaya pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat tentang elemen-elemen bangunan yang telah dipelajari di dalam kuliah,” katanya.

Sementara itu, pegawai keselamatan tapak pembinaan, Fauzi Ibrahim menjelaskan tapak pembinaan sesuatu projek sememangnya wujud elemen 3D dan para pelajar khususnya perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi elemen 3D.

“Di setiap tapak pembinaan kita akan berdepan dengan perkara yang boleh mengancam keselamatan diri, persekitaran yang kurang selesa dengan pelbagai bahan seperti pasir, batu, besi dan lain-lain serta kesukaran untuk melakukan sesuatu pembinaan,” kata Fauzi.

Turut hadir pada program itu wakil daripada Hap Seng Properties Development Sdn. Bhd., Chong Kyun Ket dan pengarah program, Yee Yi Zhen.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36