Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

PMB Investment, UMS Meterai Kerjasama Program Keusahawanan Kewangan Syariah

RABU, 19 OGOS - PMB Investment Berhad meneruskan agenda memperkasakan pembangunan modal insan apabila menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Program Keusahawanan Kewangan Syariah.

Kerjasama tersebut dimeterai di antara PMB Investment dan dua entiti di UMS, iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA) dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS hari ini.

PMB Investment diwakili oleh Ketua Jualan Strategik, Mahani Ibrahim menandatangani dokumen kerjasama tersebut, manakala PPIB UMS diwakili oleh Dekan PPIB, Prof Madya Dr. Lai Yew Meng, sementara PKA diwakili oleh pengarahnya, Prof Madya Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, PMB Investment berupaya untuk memberi pendedahan kepada graduan mengenai kerjaya dalam bidang keusahawanan kewangan syariah atau Perunding Unit Amanah.

“Graduan bakal dilatih dan diberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna sebagai Perunding Unit Amanah oleh pakar dalam industri ini.

“Kerjasama hari ini akan memberi nilai tambah kepada graduan di UMS, selain membuka peluang kerjaya dan perniagaan yang lebih luas kepada mereka dalam bidang pelaburan dan kewangan syariah,” tambahnya lagi.

PMB Investment juga katanya berhasrat untuk mewujudkan kolaborasi dengan lebih banyak universiti tempatan sama ada dari universiti awam mahupun swasta, selepas UMS mejadi universiti yang pertama mewujudkan usahasama seumpama ini.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin ketika berucap pada majlis tersebut memberitahu, usahasama ini akan merealisasikan beberapa agenda UMS.

“Antaranya adalah latihan, upskilling dan melahirkan pelatih mahir dalam bidang kewangan syariah untuk menyokong proses pembelajaran.

“Dan jika layak, graduan boleh ditawarkan kerja sebagai Perunding Unit Amanah secara separuh masa atau sepenuh masa,” ujar Dr. Raman.

Turut hadir pada majlis tersebut Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Pelaburan MARA,  Mohd Adzhar Abd Hamed.

 


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36