Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

UMS Bantu Naik Taraf Produk Usahawan Kecil Sabah

RABU, 19 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited dalam membantu usahawan-usahawan kecil di Sabah menaiktaraf produk-produk yang diusahakan melalui satu sesi perbincangan kerjasama di antara penyelidik UMS dengan kumpulan usahawan tersebut.

Sesi perbincangan yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) di Dewan Kuliah Pusat ke-2, UMS itu melibatkan lebih 50 usahawan kecil yang dikenali sebagai PITCHBORNEO di bawah Sabah Techpreneur Association (SATA).

Menurut Timbalan Pengarah PPPI (Inovasi), Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman, program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk membantu usahawan PITCHBORNEO menaiktaraf produk-produk mereka dengan pemindahan ilmu atau teknologi daripada kepakaran penyelidik UMS.

“Program ini akan menggalakkan hubungan jaringan industri melalui penyediaan penyelesaian daripada penyelidik UMS kepada industri di Sabah.

“Selain itu, ini adalah sebagai platform untuk interaksi dan perpindahan teknologi yang dapat merapatkan hubungan kedua-dua pihak, serta menggalakkan penyertaan penyelidik UMS untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada sesi perbincangan tersebut.

Menurut Dr. Homathevi lagi, pihak SATA telah memajukan sebanyak 54 projek yang memerlukan intervensi daripada pihak UMS.

“Permasalahan usahawan-usahawan kecil tersebut telah dimajukan kepada setiap fakulti,pusat, dan institut di UMS, dan sebanyak 97 penyelidik telah bersetuju untuk membantu usahawan-usahawan tersebut.

“Penyelidik UMS akan membantu dari segi memberikan khidmat nasihat dan penambahbaikan bagi proses penghasilan dan pemprosesan produk, memberi bantuan dari segi strategi pemasaran, dan memberi cadangan dalam menaik taraf pembungkusan produk mengikut keperluan pemasaran,” ujarnya.

Dr Homathevi turut berharap agar program kerjasama tersebut dapat membantu dalam meningkatkan pengkomersialan produk-produk usahawan yang terlibat.

Sesi penutupan program setengah hari itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, dan turut dihadiri Presiden SATA, Severinus Kitingan.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36