Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Kampus Kita FM Wadah Salur Informasi Perubatan

JUMAAT, 28 OGOS - Kampus Kita FM ‘Suara Ilmiah Bestari’ menjadi wadah rasmi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam menyalurkan informasi berkaitan perubatan dan kesihatan kepada masyarakat.

Menerusi rancangan ‘Bersama Pakar Perubatan Anda’, sesi yang ke udara setiap minggu itu menampilkan pakar-pakar perubatan pelbagai disiplin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS.

Pada minggu ini, rancangan tersebut membincangkan isu bertajuk “Pundi Hempedu Batu Karang: Apa Yang Perlu Saya Tahu” Bersama Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan FPSK, Prof. Madya Dr. Mohd Firdaus Mohd Hayati yang juga merupakan pakar pembedahan am.

Dalam sesi tersebut, Dr. Mohd Firdaus menerangkan maklumat berkaitan pundi hempedu, risiko batu karang dalam pundi hempedu, mengenal pasti gejala dan rawatan-rawatan yang boleh dilakukan.

Menurut beliau, seseorang individu masih boleh menjalankan kehidupan secara normal tanpa pundi hempedu selepas melakukan pembedahan, namun masih perlu mengawal pemakanan khususnya kandungan kolestrol dalam badan.

Dr. Mohd Firdaus turut menggesa agar individu yang mempunyai gejala untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan.

Rancangan ‘Bersama Pakar Perubatan Anda’ yang dihoskan oleh penyampai radio Kampus Kita FM, Arnawih Ginsing itu ke udara secara langsung setiap Khamis jam 8 pagi melalui frekuensi 91.1 fm.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36