PPUMS Anjur Mini Konvensyen Hari Pentadbir Universiti Awam 2020 Peringkat UMS

KHAMIS, 17 SEPTEMBER - Buat julung kalinya Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah menganjurkan Mini Konvensyen Hari Pentadbir Universiti Awam 2020 peringkat universiti di Galeri Aras 3, Bangunan Canselori.

Selari dengan tema sambutan peringkat kebangsaan yang bertemakan  ‘Memimpin Perubahan, Pemangkin Pencapaian’, Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof pada ucaptama dan perasmiannya telah menekankan akan kepentingan kakitangan pengurusan dan profesional sebagai tunjang dalam merealisasikan visi dan misi universiti.

Beliau menyeru agar semua pegawai dapat memimpin dan mengurus perubahan dengan betul berserta hala tuju yang jelas.

“Pegawai perlu beradaptasi, responsif, berfikiran terbuka dan jauh ke hadapan dalam memastikan perubahan yang dibuat adalah selari dengan objektif UMS.

“Aspek pengurusan perubahan adalah satu kaedah bagi memudahkan proses perubahan, oleh yang demikian, pengurusan perubahan yang betul dan patuh peraturan akan membolehkan perubahan ditangani dengan baik dengan hala tuju yang jelas.

“Jika tidak, kita akan dianggap tidak relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Sementara itu, Presiden PPUMS Sesi 2019/ 2021, Mohamad Edrus Othman pada ucapan aluannya menjelaskan objektif penganjuran mini konvensyen ini adalah untuk menjadikannya sebagai salah satu platform perkongsian idea dan percambahan minda di kalangan ahli PPUMS.

“Bagi merealisasikan objektif tersebut, dua pembentangan bertajuk ‘Program Pengantarabangsaan PPUMS ke Thailand 2019’ dan ‘Program Perkongsian Hari Pentadbir 2019 di Johor Bahru’ oleh dua kumpulan berbeza dilaksanakan pada konvensyen ini.

“Diharapkan agar sambutan Hari Pentadbir ini akan diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlangan berterusan golongan pentadbir UMS,” ujar Mohamad Edrus.

Mini konvensyen tersebut yang ditamatkan dengan upacara nyanyian bersemangat peserta dan jemputan lagu patriotik Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Hari Malaysia telah berjaya menghimpunkan kehadiran seramai 95 orang pegawai termasuk penyertaan secara maya dari Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.