JUMAAT, 14 DISEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berjaya merangkul anugerah Platinum untuk pencapaian Blended Learning peringkat UMS.
Penyampaian anugerah diadakan pada Majlis Anugerah E-Learning UMS yang berlangsung di Galeri, Bangunan Canselori.
Timbalan Dekan Akademik merangkap Penasihat Jawatankuasa Blended Learning FPSK, Dr. Firdaus Kadir berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama padu daripada semua kakitangan akademik fakulti.
“Kita juga berterima kasih kepada Dr. Chin Kai Ling selaku penyelaras di peringkat fakulti kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali sekali gus membolehkan FPSK menerima pengiktirafan ini,” katanya.
Sementara itu, Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohamad Saffree Jeffree berkata, kejayaan tersebut sejajar dengan usaha fakulti menyahut cabaran dalam Bidang Keberhasilan Utama UMS (UMS-KRA) terutama dalam UMS-KRA 1 dan UMS-KRA 9.
“Yang mana kita mahu sama-sama mempertingkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa seiring dan giat dalam transformasi ke arah universiti industri 4.0.
“Semoga kejayaan meraih anugerah pada kali ini akan dapat diterjemahkan dalam pelbagai lagi pencapaian pada masa akan datang,” katanya. -SS
Sumber: Hasmi Hashim, FPSK



KHAMIS, 13 DISEMBER - Seramai 724 peserta menyertai ‘AIDS Charity Run & Walk’ anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Hari AIDS Sedunia 2018 baru-baru ini.
RABU, 12 DISEMBER: Senaman joging sangat baik bagi membantu seseorang pengidap penyakit insomnia.
RABU, 12 DISEMBER - Penganjuran Program Career Aspiration Programming anjuran Pusat Kerjaya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memberi pendedahan awal panduan memilih hala tuju kerjaya dalam kalangan siswa-siswi.
SELASA, 11 DISEMBER - Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan mesra ke Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu (RKK) baru-baru ini.