KHAMIS, 30 OGOS - Program Daycare dan Transit, Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan beberapa program sempena cuti sekolah dengan melawat destinasi-destinasi menarik yang memberi input berguna kepada murid-murid.
Menurut kenyataan PML, lawatan pertama diadakan pada 20 Ogos 2018 melibatkan 68 murid ke sebuah syarikat memproses pelbagai produk berasaskan koko iaitu Teck Guan Trading.
“Melalui lawatan ini, murid diberi penerangan mengenai latar belakang kewujudan syarikat dan maklumat berkaitan pemprosesan produk yang berasaskan koko.
“Murid juga berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti seperti berlumba makan coklat, makan coklat secara percuma, dan minum minuman coklat,” ujar kenyataan tersebut.
Pada hari berikutnya, kenyataan itu memaklumkan satu lawatan telah diadakan ke Akuarium dan Muzium Marin, UMS bertujuan untuk memupuk nilai cintakan hidupan marin dalam kalangan murid-murid. 
Di samping itu, murid-murid juga berpeluang menyaksikan pertunjukan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Marin Borneo yang memberi makan kepada hidupan laut yang terdapat di dalam akuarium.
Lawatan seterusnya diadakan pada 24 Ogos 2018 bertempat di Muzium Negeri Sabah.
Menurut kenyataan itu, lawatan sambil belajar tersebut bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan murid-murid dengan melihat sendiri tinggalan sejarah negara khususnya yang berkaitan dengan negeri Sabah.
“Hal ini dapat meningkatkan tahap perkembangan sosio emosi, daya intelek dan perkembangan motor kasar murid-murid ke arah membantu menambah ilmu dan kecerdasan minda murid-murid PML,” tambah kenyataan itu lagi.



KHAMIS, 30 OGOS – Penubuhan Pusat Pemulihan Kecergasan Fizikal (PFRC) di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menyumbang kepada pembangunan atlet tempatan dan golongan orang kelainan upaya (OKU) melalui program kecergasan fizikal.
RABU, 29 OGOS - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Kursus Bimbing dan Perkasa Pembimbing Suai Mesra (PSM) Minggu Suai Mesra (MSM) bagi Sesi 2018/2019 selama tujuh hari sehingga Ahad lalu di Dewan Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS.
SELASA, 28 OGOS - Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Asyraaf Abdullah akan menjalani program bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) selama tiga minggu bermula esok.
SELASA, 28 OGOS - Seramai 50 penghuni Kolej Kediaman E (KKE) telah menjayakan Program Tautan Kasih Kampung Kerukan, Kuala Penyu, Sabah anjuran Exco Kemasyarakatan KKE baru-baru ini.