ISNIN, 3 APRIL – Finishing School Programme anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat sambutan hangat 60 pelajar UMS baru-baru ini.
Menurut Pengarah Program, Nur Syafiqah Sa’adatul Hana, program tersebut yang diadakan di Auditorium, Perpustakaan UMS itu memberi peluang kepada para pelajar membuat persiapan awal sebelum menempuh alam pekerjaan.
“Selain itu, program ini membuka peluang kepada mahasiswa tahun akhir untuk mencari tempat bagi tujuan latihan industri serta membantu graduan yang masih belum mendapat pekerjaan,“ katanya.
Ujar beliau, antara pengisian program itu termasuklah slot ceramah bertajuk Choosing Your Career telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pegawai Psikologi dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Nurul Fatiha Firdaus Roslan.
Pada slotnya itu, Nurul Fatiha memberi pencerahan mengenai tajuk yang diberikan serta memberi panduan arah tuju para pelajar selepas menamatkan pengajian kelak.



JUMAAT, 31 MAC – Program Dakwah Bil Hal Saudara Baru Bersama Masyarakat Kampung Kaingaran, Ranau memberi sinar baharu kepada penduduk berbilang kaum di kampung tersebut.
RABU, 29 MAC - Kelab Seni Orator Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Pertandingan Pidato Piala Pengetua Kolej Kediaman E di Auditorium Pascasiswazah baru-baru ini.
SELASA, 27 MAC – Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2017 anjuran bersama Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dan Pusat Pengurusan EcoCampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menggalakkan pelajar sekolah dan universiti untuk bergiat dalam aktiviti penanaman pokok dan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan.
SELASA, 28 MAC - Satu Memorandum Perjanjian (MoA) ditandatangani Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini bersama Biosain Technologies Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek penyelidikan bagi memajukan sistem pemurnian minyak.