RABU, 28 SEPTEMBER - Sabah kini muncul sebagai tempat latihan peringkat antarabangsa yang penting khususnya dalam bidang pengurusan ekosistem dan biodiversiti bersepadu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Tan Sri Sukarti Wakiman.
Menurutnya, ia berikutan kejayaan menghoskan beberapa siri Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) yang turut dihadiri peserta luar.
“Tahun ini 50 peratus daripada peserta datang dari Afrika, dan kami gembira melihat komitmen tersebut ke arah pemuliharaan alam semula jadi di Afrika.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya bangga menyatakan bahawa Sabah telah menjadi tempat latihan antarabangsa yang penting untuk Bersepadu Biodiversiti dan Pengurusan Ekosistem, dan saya penuh yakin bahawa program latihan ini akan berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Naib Caselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali pada majlis penutupan program tersebut di Dewan Bankuasi UMS.
Program selama 21 hari itu dianjurkan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Luar Negeri dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).
Hadir sama Pengarah IBTP UMS, Prof. Dr. Charles S. Vairappan.



SELASA, 27 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus unggul dalam aspek tadbir urus pengurusan rekod universiti apabila menerima pengiktirafan melalui penarafan lima bintang dan sekali gus dinobatkan sebagai Universiti Awam (UA) Terbaik dalam Pengurusan Rekod bagi tahun 2016.
SELASA, 27 SEPTEMBER - Seramai 30 orang menghadiri seminar CTI Regional Exchange (REX) on Climate Change Adaptation yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), semalam.
ISNIN, 26 SEPTEMBER – Seramai 500 pelajar prasekolah dari 33 Tadika Islam seluruh Sabah baru-baru ini menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).
ISNIN, 26 SEPTEMBER – Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16) mampu menjadi platform dalam memupuk kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan profesion pendidikan dan psikologi khususnya di kepulauan Borneo.