SELASA, 13 SEPTEMBER - Hampir seribu mahasiswa menjayakan Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat Kolej Kediaman E, semalam.
Menurut Timbalan Pengetua Kolej, Mohd Hilmey Saili, majlis tersebut merupakan anjuran bersama Kelab Nur Eman dan Exco Pembangunan Sahsiah dan Modal Insan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej berkenaan.
“Selain hidangan pelbagai juadah, sambutan ini diserikan lagi dengan Lafaz Takbir Raya, tayangan montaj dan nyanyian lagu raya daripada pelajar.
“Majlis yang bermula pada jam 8.00 - 10.00 malam itu turut sama-sama dimeriahkan oleh pelajar dari Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Hilmey berkata, program tersebut bertujuan meraikan warga Kolej Kediaman E yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.
“Di samping itu, melalui penganjuran program seumpama ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pengurusan kolej bersama mahasiswa khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman E, UMS,” tambahnya lagi
Majlis turut dihadiri para felo, JAKMAS, Majlis Ketua-Ketua Blok (MKKB) dan Majlis Ketua-Ketua Kelab (MKKK) Kolej Kediaman E.



JUMAAT, 09 SEPTEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, kerjasama tiga penjuru menjadi cara terbaik di peringkat antarabangsa untuk menentukan pembangunan mampan serta pengurusan pemuliharaan ekosistem di negara-negara membangun secara bersepadu.
JUMAAT, 26 OGOS – Program Daycare Pusat Minda Lestari (PML) dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan baru-baru ini.
KHAMIS, 08 SEPTEMBER - Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Persidangan Perniagaan Antarabangsa Borneo (IBBC) kali ke-7 yang bermula kelmarin.
KHAMIS, 8 SEPTEMBER – 89 orang pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2016/2017 dari kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menerima bantuan kebajikan dalam satu majlis di Galeri Majlis, pagi tadi.