SELASA, 30 OGOS – Program ‘Larian Merdeka 10km Ke Puncak UMS’ anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Rekerasi dan Libatsama Masyarakat (KARIB) Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) baru-baru ini meriah dengan penyertaan lebih 80 orang peserta.
Dalam acara tersebut, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita, selain peluang memenangi hadiah seperti hamper, barangan letrik dan barangan dapur bagi acara cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Menurut Ketua Penganjur Program, Veronica Petrus Atin, larian ini bertujuan mengukuhkan penghayatan terhadap kemerdekaan dalam kalangan warga UMS dan peserta larian, di samping menggalakkan gaya hidup sihat sempena bulan Merdeka ini.
Acara tersebut menyaksikan Kenson muncul johan bagi kategori lelaki, sekali gus memenangi wang tunai RM200, trofi dan sijil, manakala kategori wanita dimenangi oleh Bibot Juma.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Romario dna Jowey bagi kategori lelaki, dan kategori wanita dimenangi Awina Khamis dan Shenny Liaw.
Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM100, trofi dan sijil bagi naib johan, dan wang tunai RM50,trofi dan sijil bagi tempat ketiga.
25 peserta yang terawal menamatkan larian bagi setiap kategori mendapat medal dan sijil, dan setiap peserta yang mendaftar diberikan sijil dan pek larian yang berupa beg UMS berisi t’shirt, kad larian dan minuman.
Pelepasan larian disempurnakan oleh Timbalan Canselor HEPA, Prof. Dr Ismail Ali diiringi oleh Dekan PPIB, PM Dr Jualang Gansau @ Azlan Abdullah.
Sumber: PPIB



ISNIN, 29 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima seramai 4,579 kemasukan Pelajar Baharu bagi Sesi 2016/2017, satu peningkatan berbanding sesi terdahulu seramai 4,481.
ISNIN, 29 OGOS – Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah sekali lagi mencatat sejarah dalam bidang penyelidikan hasil kejayaan saintis UMS dalam menghasilkan bibit ketam daripada spesies ketam bakau (Scylla Tranquebarica).
KHAMIS, 25 OGOS - Seminar Kelestarian 2016 dianjurkan dengan jayanya baru-baru ini oleh gabungan kerjasama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Tokushima, Jepun dan Jurnal Pembangunan Wilayah BIMP-EAGA.
RABU, 24 OGOS - Kehangatan sambutan Bulan Kemerdekaan terus mewarnai masyarakat pelbagai lapisan di seluruh negara.