KHAMIS, 5 MEI - Bagi menyokong kelestarian eko kampus, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah meneruskan Program Berbasikal mengelilingi kawasan UMS bermula pada bulan Februari lalu sehingga kini.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr. Ismail Ali, kempen ini diadakan bagi bertujuan menggalakkan warga kampus meminimumkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus dengan menggunakan basikal sebagai pengangkutan alternatif ke tempat kuliah, masjid mahupun perpustakaan.
“Dengan adanya program seumpama ini, ia juga dapat memberi kesedaran kepada warganya menghargai alam sekitar dengan cara mengurangkan pembebasan karbon monoksida berlebihan dari enjin bermotor.
“Selain itu, program ini juga adalah untuk membudayakan cara hidup sihat dengan menjadikan berbasikal sebagai satu rutin harian,” katanya.
Menurutnya lagi, kempen ini akan dilaksanakan secara berterusan di UMS Kampus Induk, UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan penganjuran kempen berbasikal dengan kerjasama Pusat Sukan dan Kolej-Kolej Kediaman UMS.
Sehingga kini, sebanyak 100 unit basikal telah diagihkan kepada tiga kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tuan Mustapha, Kolej Kediaman Tuan Fuad dan Kolej Kediaman E.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar



RABU, 4 MEI - Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan yang bermula kelmarin terus berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk urus niaga jual beli pelbagai produk dan makanan.
RABU, 4 MEI – Seramai 52 pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, baru-baru ini.
JUMAAT, 29 APRIL - Universiti Malaysia Sabah melalui Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) menganjurkan bengkel yang memfokuskan bidang ekonomi dan aktiviti perniagaan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE), baru-baru ini.
JUMAAT, 29 APRIL – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengadakan satu majlis penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Titingan, Tawau baru-baru ini.