Oleh Salbinous Saribun
RABU, 05 OGOS - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah mengucapkan takziah terhadap keluarga Nurul Liyana Mahmod, pelajar Fakulti Pertanian Lestari UMS yang maut dalam kemalangan pada Isnin.
Datuk Dr. Harun dalam kenyataan di laman facebook turut memberi kata-kata motivasi kepada keluarga mangsa agar tabah dan bersabar menghadapi musibah yang berlaku.
“Saya mendoakan agar roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.
Ketika kejadian, Nurul Liyana dalam perjalanan bersama ayahnya ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi.
Mangsa meninggal serta merta di tempat kejadian manakala ayahnya yang parah dimasukkan ke unit Rawatan Kecemasan Hospital Kuala Lipis.
Berasal dari Melaka, mangsa juga merupakan pelajar tahun akhir dan bakal bergraduat pada November ini.
Bahagian Media dan Citra



RABU, 03 OGOS - Kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan kian dirasai walaupun bulan Ogos baru sahaja memasuki hari ketiga.
ISNIN, 03 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi terpilih sebagai lokasi penganjuran Kursus Perdana Haji Musim Haji 1436H/2015M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) yang berakhir kelmarin di Masjid UMS.
ISNIN, 03 OGOS - Seorang kakitangan wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi antara nadi utama skuad bola sepak Sabah yang membenam pasukan Negeri Sembilan 16-0 pada aksi perlawanan pertama Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Selangor.
FRIDAY, 31 JULY – The Housewives and Women Staff Club (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) today organised its Aidilfitri Open House for its club members, in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri.